El Katkut Intergrated Farming

Menuju pertanian, peternakan, dan perikanan berkelanjutan dalam projek Madani Integrated Farming

Berpegang pada hikmah, pengajaran dan falsafah “Datang Dari Tanah Dan Kembali Semula Kepada tanah”, tanah bersifat dengan diam, tenang, merendah diri, bersabar lalu memberi kebaikan dan manfaat kepada manusia meski dipijak, dihinjak, dilontar najis, dihina dan dipandang rendah.

Pemahaman itu memberi inspirasi kepada El Kat Kut Integrated Farming untuk mengabdi dan berbakti kepada tanah dengan memperkenalkan Program Madani Integrated Farming yang menggabungkan pertanian, penternakan, perikanan dan keusahawanan dalam sebidang tanah.

Dengan menerapkan konsep “zero waste” kami menggabungkan beberapa aspek lalu mewujudkan konsep kitaran sebagai contoh mengguna pakai semula limbah-limbah terbuang untuk di fermentasikan sebagai bahan makanan ternakan bergizi tinggi, menjadi kompos berkualiti tinggi sekali gus membantu menyahkan bau busuk dan lalat penyakit.

Berbekalkan ilmu pengetahuan ini, kami di El Kat Kut Integrated Farming mahu menyahut seruan Kerajaan Madani untuk menjadikan kebun kami sebagai contoh dan model dalam sistem pertanian bersepadu (Integrated Farming) untuk menarik minat lebih ramai lagi generasi muda di kampung-kampung bergerak aktif dalam bidang ini.

Sokongan dan bantuan dari kerajaan negeri mahupun persekutuan, agensi-agensi berkaitan, NGO dan persatuan-persatuan di Selangor amatlah di harapkan bagi membantu menaikkan semangat dan minat anak-anak muda untuk menyertai program ini

Pengenalan

Dari meja pengarang, Tn Hj Zaidi Bin Hj Tohirin

Alam Buana yang lestari adalah impian semua manusia. Sisa makanan dan kotoran sampah yang tidak terurus akan menjadikan alam ini amat menjijikkan dan tidak layak untuk dihuni. Oleh kerana dunia adalah tempat ibadat maka menjadi tanggungjawab manusia sebagai Khalifah di atas muka bumi untuk mencari solusi bagi melestarikan dunia ini. Berkat bimbingan ayah dan ibu, bangkit seorang anak muda bernama Nurul Fatihah yang baru berusia 20 tahun menyingsing lengan menterjemahkan pengalaman dan ilmu yang dipelajari lalu dicorakkan ke sebidang tanah milik orang tuanya.

Kata-kata “Sampah itu emas” terngiang-ngiang di cuping telinganya lantas mahu membuktikan secara nyata bagi membuka mata generasi muda betapa pentingnya alam yang lestari untuk pembangunan mapan seiring dengan kemantapan rohani dan jasmani. Malaysia Madani tidak akan mampu mencetak generasi muda yang inovatif, bersemangat kental menjadi Khalifah bagi memimpin dunia yang tandus dan bobrok akhlak dan keperibadian melainkan bermula dari kebangkitan generasi muda sebagaimana kata Sheikh Fathi Yakan, dalam bukunya AS-SYABAB WAT TAGHYIR, Pemuda dan Perubahan. Tanpa pemuda perubahan tidak akan berlaku !

Semoga dengan blueprint yang ringkas ini, dapat membuka mata dan minda semua tentang apa yang ingin di realisasikan oleh anak muda ini. Tanpa bantuan dari pihak-pihak yang berwajib dan orang tua dalam kepimpinan negara di setiap peringkat dan hasrat untuk melihat satu kebangkitan pasti akan terkubur.

  1. Memperkenalkan konsep Pertanian Bersepadu dengan menggabungkan Pertanian, Penternakan dan Perikanan dalam sebidang tanah.

  2. Mewujudkan One Stop Center meliputi Agro Bazar, Pusat Latihan Keusahawaan Pertanian, Agro Cafe, Pusat Pemprosesan Ayam Segar, Pusat Pembuatan Pelet Ternakan dan sebagainya.

  3. Memacu kemajuan seimbang antara rohani dan jasmani selaras dengan kehendak Kerajaan Madani dengan memanfaatkan surau sedia ada sebagai Pusat Ibadah dan Fardhu Ain untuk warga emas dan penduduk setempat.

  4. Memperlihatkan Program Madani Integrated Farming sebagai model dan contoh kepada orang ramai.

  5. Meningkatkan ilmu pengetahuan dan mengubah persepsi masyarakat tentang pertanian, penternakan dan perikanan.

  6. Menambah pendapatan ekonomi desa dengan menjadikan El Kat Kut One Stop Center sebagai tempat pasaran barangan desa.

Perancangan One Stop Centre

Perancangan dalam menggabungkan pertanian, penternakan dan perikanan dalam satu tempat, mengumpulkan dan memasarkan semua produk-produk tersebut serta menjadikan tempat ini sebagai tempat latihan, pengembangan ilmu dan juga agro pelancongan untuk komuniti setempat

Rajah 1. Gambaran pelan projek yang telah dan bakal dibangunkan di Madani Integrated Farming berkeluasan 1.5 ekar.

One Stop Centre

Projek ini telah berjalan hampir 4 bulan dan antara produk yang telah di hasilkan serta mendapat permintaan adalah:

1. Habuk kayu kasar
2. Habuk kayu halus Fermentasi
3. Effective Microorganism (EM)
4. Molasses
5. Ayam kampung (segar & sejuk beku)
6. Telur Ayam kampung
7. DOC Anak Ayam kampong
8. Penternakan Arnab
9. Makanan Ayam Bokashi
10.Silaj Napier
11.Sayur-sayuran Jangka Pendek (Kangkung, Bayam, Sawi)
12.Jualan batang pokok Madre De Aqua.
13.Jualan Raise-bed

Antara produk yang bakal di hasilkan:

1. Daging Itik (segar & sejuk beku)
2. Telur Itik (biasa & masin)
3. DOD Anak Itik
4. Penternakan Lembu dan Kambing
5. Pellet Makanan Haiwan
6. POC (Pupuk Organik Cair dari kencing kambing yang difermentasi)
7. Kompos dari kotoran ayam, itik, kambing & lembu yg difermentasi
8. Penternakan Ikan keli & tilapia
9. Penghasilan BSFL kering & pellet.
10.Jagung kasar & halus.
11.Azolla

PENERANGAN LOKASI

Lot 1551 Jalan Mulia Kiri, Kampong Sungai Lang Tengah, Banting, Selangor.

Projek Madani Integrated Farming bertempat di:

  • Keluasan tanah berkeluasan 1.5 ekar

  • Status tanah adalah Tanah Pertanian

  • Lokasi ini dipilih kerana kedudukannya yang strategik, antaranya:

    a) Tanah milikan sendiri
    b) Kemudahan Surau untuk Pembangunan Rohani
    c) Mempunyai sebuah rumah lama
    d) Pohon kelapa sawit berusia 10 tahun
    e) Infrastuktur jalan dan akses internet yang baik.
    f) Website yang sedang dibangunkan
    g) Mempunyai akses yang mudah menghubungkan Kawasan setempat
    h) Berjarak 1.5 km sahaja dari Pekan dan Pasar Segar Banting

Hubungi Kami